7:43 PM

Damia dah pandai meniarap...


Salam,

Hari ni Mak Ngah impress giler sbb Damia dah pandai meniarap. Malam tadi first time Damia tdo rumah atuk Mak tanpa mummy n papa Damia. Reason? Testing Mode. Ahak. Sebab mummy kata dah 2 malam Damia tak tdo malam layan bola. So, Papa ngan Mummy dah 2 malam jugakla tak tdo meneman Damia. Hehehe.. Malam ni, Tok Mak suh Damia tdo ngan Tok Mak. Nak test tengok Damia nih kenapa tak tdo malam. Sebenarnya memang peten tdo Damia berubah2 mungkin perubahan bulan kot.
Mak Ngah terjaga kul 5 pg dengar Damia nangis. Terus Mak Ngah ambik Damia dari Tok Mak. Yeah... rupanya Damia nak main yer... bukan main mengekek lagik kene agah.

Officially hari ni Damia dah meniarap. Pagi tadi masa Mak Ngah nak salinkan pampers Damia, Mak Ngah pusing sejap jer tengok Damia dah meniarap. Wah, akhirnya berjaya percubaan demi percubaan Damia yer... Tahniah sayang...


sangat excited memula dapat meniarap.

Misi bermula...

kasik pose skit...

yeah.... nih saya paling suker skali...

smile..... cute nyer anak Mak Ngah nih..

Ok... skang saya dah penat.....





sayang kamu,
9:34 PM

Seindah senyuman ...

Cinta hati Mak Ngah

Senyum skit...


Chit chat with mummy Damia :

Mak Ngah : Cuba ko tgk nih.. (sambil bukak blog nih..)
Mummy : Damia laa....ni blog ko ker?
Mak Ngah : Cuba ko tgk title blog nih.... All About Mairanur Damia ..
Mummy : Eh, nape wat blog nih?
Mak Ngah : Sukati aku laaaa....
Mummy : !@&^!!#@$%


Mak ngah tersenyum dengan jahat bangga dan puas. Mesti mummy jeleskan…

Moral of d story : untuk Mummy, blaja² berblog … hahhaha



sayang kamu,



10:16 PM

Damia oh Damia ..


Lihatlah cayer yang 'cembeng' nih. Mummy nak g work.... cayer kene tinggal ngan Tok Mak.

Nape pak cik tak bangun² nih? Cayer dah gigit perut dier pon dier tak bangun jugak..

Eh, Mak Ngah amik gamba cayer laa.... terkejut cayer..

Cayer posing sbb Mak Ngah nak amik gamba cayer..

Candid pulak okkey..

erm.. nak posing camne lagik ek?

Ok, camni plak...

Lihatlah pipi cayer ada macam kuih pau tak?

Ari ni Damia datang umah Tok Mak dengan muka yang cembeng. Tapi bila Mak Ngah amik gamba, posing tetap posing. Kenelah control cute kan? hehhee...

Damia kata :
Sebenarnya cayer nangis sebab cayer uk uk la..... Cayer nak curuh Tok Mak tukar pampers cayer. Apalah, sumer orang ingat cayer nak 'cucu' plak.... (Sila jangan tiru bahasa Damia yang pelat nih okkey .. )


p/s: ari ni cayer nak pegi cucuk tau.. Doakan cayer tak nangis yer.... bye bye...



sayang kamu,
2:43 PM

Experiment a.k.a kasut baru ...

Salam,

Hari ni Mak Ngah bereksperimen membuat kasut untuk Damia menggunakan felt fabric. Mula2 buat macam susah tapi bila dah lama-lama rasa seronok dan mudah pulak.

Taraaa.... dah siap kasut untuk Damia... di sebabkan Damia tak datang umah atuk hari ni so Mak Ngah tak boleh nak ukur kaki Damia. Mak Ngah main agak2 jer. Muat ke? Huhu... So Mak Ngah buat 2 pattern. Satu ikut template asal yang kedua Mak Ngah bukak sikit pembukaan sebelah atas kasut untuk memudahkan kaki gebu Damia sarung kasut nih. hehehehe

Dan ....... ini lah hasil nya ......
......

......

......

......

......

......

......

......
......

......

sila scroll lagik

......
......

......

......

......


Pink untuk Damia


Yang ni Damia test jek.

Fit kan....? (ai like!)

yesssss..... experiment menjadi... sangat cute Damia pakai. Nanti Mak Ngah buat lagi okkey....


p/s: Siap jer kasut nih, gigih Mak Ngah bergegas ke rumah Damia semata-mata nak try kat kaki gebu Damia..... hehhehe




sayang kamu ,
8:24 PM

Senyuman yang cute ..

Maira dah pandai senyum yang mengekek hari ni. Masa bermain dah semakin kerap. Yang peliknya Maira akan senyum sampai ke telinga bila di usik tapi suara sangat payah nak kedengaran. Kalau Mak Ngah bercakap dgn Maira, Maira pon dah pandai menjawap dalam bahasa Maira yang tersendiri.

Setiap hari mesti Mak Ngah tak sabar nak jumpa Maira. Maira dah semakin gebu. Hehe... Pipi Maira macam kuih pau. Pak usu kata peha Maira macam drumstick KFC. Tapi atuk mak tak kasi puji Maira lebih². Jadi, Mak Ngah panggil Maira 'Mia Musyuk'. Sebab Maira selalu mua jadik Maira selalu bau musyuk susu.
3:05 PM

Entry pertama ..

Salam,

Dah lama ai nak create satu blog khas buat Mairanur Damia, kekasih hatiku ini. Tapi bila difikirkan kembali, takkan untuk Damia sorang? Kalau Mak Ngah ada anak sedara yang lain lagi nanti camne? Ok, let's create yang general yer. Hanya title dahulu yang spesifik untuk Damia. Nanti kalau Mak Ngah ada anak buah yang lain or anak sendiri ker, kita tukar lain ok.

Blog ini adalah didedikasikan buat yang tersayang untuk tatapan perjalanan mereka. Moga mereka akan lebih mengenali diri sendiri dan mengetahui susah payah membesarkan mereka dan yang pastinya kasih sayang yang tak terungkap dengan kata-kata terhadap mereka.
2:55 PM

Damia discharge today.... alhamdulillah

Salam,

Hari ni nak citer pasal Damia jer. Start dari hari pertama Damia tak sihat sehinggalah Damia keluar dari Hospital.

2 Jun 2010 @ Day 1 @ HKL
Damia sangat lemah. Langsung tak boleh menyusu. Minum air pon tak boleh. Mesti muntah semula. Doc check perut, pernafasan, suhu badan, oksigen - Semua test OK.
Mummy try lagi bagi susu tapi Damia still muntah. Damia boleh minum susu dan nak minum susu tapi after a few minute lepas menyusu, Damia akan muntah kuning. Tu yang membimbangkan. Doc just pantau perkembangan muntah Damia.



3 Jun 2010 @ Day 2 @ HKL
Damia semakin lemah. Langsung tak boleh menyusu. Kalau semalam Damia nak menyusu tapi hari ni Damia tak nak menyusu langsung dan asyik merengek nak peluk. Langsung tak nak letak atas katil. So, terpaksalah mummy riba Damia. Keadaan makin teruk but Doc still tak dapat kesan penyakit Damia. Hari ni Doc ambik kencing Damia. Pampers semua kena timbang. Doc suspect infection semasa sunat.

Pakar consultant yg check Damia, minta Damia di rujuk ke pakar bedah sebab Damia tak buang air besar langsung sepanjang berada di wad. Doc takut usus problem.



4 Jun 2010 @ Day 3 @ HKL
Damia di rujuk ke Pakar Bedah. Test semua OK. Usus OK. Suhu badan OK. Oksigen OK. Pernafasan OK. Still Doc tak de punca penyakit Damia. Doc masuk glucose kat Damia sebab bibir Damia dah mula kering.

Damia sangat lemah. Hanya terbaring je. Tiada tindak balas fizikal. Hanya gerak mata sahaja. Mak Ngah agah Damia pon damia tak senyum. Apatah lagi nak angkat tangan ngan kaki cam biasa. So Damia hanya tdo time nih.

Malam ni Mak Ngah, atuk mak, atuk abah, pak cik, pak lang n pak usu semua balik kampung. Nak cuba perubatan alternative. Kesian tengok Damia macam ni. Lepas tengok Damia, pukul 8 mlm ai and my family gerak ke Sabak Bernam and tiba lebih kurang pukul 11 mlm.


5 Jun 2010 @ Day 4 @ HKL
Damia dah mula sihat. Dah boleh bertindak balas. Walaupun glucose masih belum tanggal, Damia dah mula nak main. Tak macam semalam. But still Damia tak boleh menyusu. Damia macam dah lupa camne nak menyusu. tengok botol susu pon macam tak de perasaan jer.

Doc suruh mummy monitor najis Damia. Cam ne Damia nak buang air besar sebab Damia langsung tak menyusu. Hari ni Doc suruh mummy try susukan Damia. Hopefully Damia nak menyusu.

Damia start menyusu. Dari tengah malam sampai pagi tadi, 2 kali Damia menyusu. Kali ke-3 Damia menyusu, Damia muntah susu. Mungkin sebab perut dah masuk angin sebab dah beberapa hari tak boleh menyusu. So Doc still pantau tahap muntah dan najis Damia. Infection sunat tak de. So semuanya ok. Mummy sapu minyak cak yu yee dgn minyak Telon kat perut, kaki and kepala Damia.

Damia semakin sehat walau belum sehat sepenuhnya. Damia menyusu macam biasa.


6 Jun 2010 @ Day 5 @ HKL
Damia semakin sehat. Doc dah cabut glucose sebab Damia dah boleh menyusu macam biasa. Muntah pon dah takde. cuma muntah susu jer. Check everything normal. Hari ni Damia buang air besar. Mummy sangat suka sebab ingatkan Damia boleh discharge hari nih tapi Doc kata belum lagik. Masih dalam pemantauan.

Hari ni, Damia dah mula main. Dah boleh angkat tangan dan kaki. Dah mula senyum bila di agah. Bila tanya Damia mana tangan sakit, mesti Damia angkat tangan yang kene cucuk untuk masuk Glucose tuh. Doc Nurul kata, Damia budak bijak dan Damia jugak budak baik yang sangat strong. Alhamdulillah. Perkembangan yang sangat positif. Harap² Damia boleh discharge esok.



7 Jun 2010 @ Day 6 @ HKL
Mummy tanya Doc bila Damia boleh keluar wad. Doc kata tunggu pakar datang check dulu. So tadi pakar dah check dan Damia dah pulih. Doc benarkan Damia discharge hari ni tapi ada satu urine test Damia yang belum tahu result lagik. So nanti Damia kene datang check up bila urin test dah keluar. ALhamdulillah.

Mummy kata, Damia asyik nak main hari ni. Agaknya Damia dah tau yang dia akan keluar hari nih kot. Apa pun, Mak Ngah doakan Damia cepat sembut yer sayang.


sayang kamu,
2:57 PM

Pray for Damia ...

Salam,

Damiaku sayang masih tidak berubah tahap kesihatannya. Masih lemah dan muntah². Pagi tadi jam 2 pagi mummy call bitau Damia muntah kuning lagik. Dah berkali-kali muntah sepanjang pagi ni. Yang peliknya , Doc sendiri tengok keadaan muntah Damia dan ketika Damia muntah. Memang menyakitkan. Tapi apabila check pernafasan ok, oksigen 100%, paru-paru ok tiada jangkitan, perut ok. Semuanya ok. Tapi kenapa Damia masih muntah²? Doc masih tak buleh kesan penyakit Damia.

Oh Damia! Tabah yer sayang. Damia mesti sembuh. Semua orang doakan Damia tau. Atuk Mak, Atuk Abah, Mak Ngah, Pak Lang, Pak cik, Pak Usu, Tok Wan, Mama, Mummy dan Opah semua doakan Damia cepat sembuh yer sayang.

Damia yang kelesuan tdo atas paha mummy jer....

Telinga Damia yang lebam..... Kenapakah?

Tag nama Damia.





sayang kamu,
2:59 PM

kesedihan ini ...


Salam,

Oh ai sangat sedih hari ini. Ada 2 perkara yang menyebabkan kesedihan itu...

Pertama :
Damiaku yang tersayang warded di HKL skang ini. Dr masih lagi memberikan rawatan. Start dari awal pagi smalam Damia tak sehat. Mummy kata Damia muntah pukul 4 pagi. Bila mummy nak bersihkan muntah Damia, mummy perasan telinga Damia lebam yang sangat ketara. Mummy terus kejut papa Damia dan bawa Damia ke klinik. Pukul 8 pagi skali lagi Damia muntah. Damia tak nak minum susu dan badan Damia sangat lesu. Kesian Damia.

Pagi smalam sekali lagi mummy ngan papa bawak Damia ke klinik lain untuk buat pemeriksaan. Sebab, Damia tak pernah cam ni. Minum susu langsung tak nak. Kalau minum mesti muntah. Badan lesu tapi tak panas. Dr kata Damia ok. Suhu badan pon ok. Check telinga Damia pon ok. Tak de serangga yang masuk di telinga. Tapi kenapa Damia masih lesu? Tak de tindakbalas bila di agah. Hanya ekor mata kelesuan yang memandang. Kesian Damia.

Pagi tadi sekali lagi Damia muntah jam 2 pagi. Pukul 8 pagi muntah sekali lagi. Mummy ngan papa terus decide bawa Damia ke HKL. Jumpa pakar. Bimbang pergi klinik Dr kata ok. So hari ni Damia warded di HKL. Dr check suhu Damia ok. Skang Dr nak buat analisis muntah Damia. Kenapa boleh muntah. Punca muntah dan kekerapan muntah. Kesian Damia.

Kedua :
Misi kemanusiaan ke Gaza di serang oleh ISRAEL yang membuatkan air mata ai berlinang. Syukur pagi tadi mendapat berita yang rakyat Malaysia yang berada di Mavi Marmara selamat tetapi di tahan oleh Yahudi. Semoga mereka tabah menghadapi situsi genting ini.

Salah seorang rakyat Malaysia yang di tahan itu adalah bekas pensyarah UIAM. Di mana tempat ai mencari rezeki. untuk cerita lanjut mengenai beliau dan perjuangan beliau dalam memperjuangkan misi kemanusiaan boleh rujuk
sini.


Oh Tuhan,
Kau lindungilah Damiaku yang tersayang dan Kau lindungilah jua umat² Islam yang di tahan oleh Yahudi Laknatullah. Dan Kau permudahkahlah urusan wisma Putra untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang di tahan. Janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak sanggup kami bebani....

Kau berikanlah kekuatan kepada Damiaku sayang untuk memikul beban penyakit ini dan Kau berikanlah kekuatan kepada umat Islam yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi..

Kau limpahkanlah kesabaran kepada Damiaku sayang untuk menhadapi ujian penyakitmu ini dan Kau limpahkanlah kesabaran kepada umat Islam yang menjadi mangsa ISRAEL... amin .. amin ya rabbala'lamin.


sayang kamu,